PERBEZAAN ANTARA ‘BRANDING’ DAN ‘MARKETING’

branding and marketing
Ramai USAHAWAN terutamanya PRODUCT OWNER masih keliru dengan perbezaan diantara BRANDING dan MARKETING.
 
Ianya merupakan perkara POKOK yang perlu dititik-beratkan dan difahami sebelum memulakan sesuatu perniagaan.
 
Ini kerana ianya amat berkait rapat antara satu sama lain.
 
Bak MATAHARI dan BULAN.
 
TANPA salah satu elemen penting ini maka, KIAMAT la DUNIA.
 
Dengan adanya pemahaman yang mendalam mengenai kedua-dua elemen ini, maka segala percaturan atau strategi dapat dirangka dan seterusnya dilaksanakan dengan cara yang TERBAIK.
 
 
Beza diantara BRANDING dan MARKETING ni, macam beza MATAHARI dan BULAN.
 
MATAHARI merupakan sumber cahaya, kehidupan dan suhu.
 
Tanpa sinarannya maka mati la tumbuhan serta layulah bunga.
 
Ini boleh kita kaitkan dengan peranan BRANDING.
 
 
Manakala BULAN pula merupakan seketul batu yang cantik dan menarik dipandang.
 
Bak kata Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dalam satu bait lagu
 
“Engkau laksana bulan, tinggi diatas kayangan” ; ianya seperti dipuja dan dikenang selalu.
 
Rutin BULAN pada dasarnya, mengelilingi orbit planet dan memantulkan cahaya.
 
Hal ini boleh kita kaitkan dengan peranan MARKETING.
 
 
Dengan pemahaman dan tindakan yang betul, maka pelanggan akan menerima mesej yang disampaikan seterusnya menilai BRAND anda dengan BRAND PESAING anda yang telah wujud di pasaran.
 
Jika salah pemahaman dan tersilap percaturan, maka ianya akan memberi kelebihan kepada pesaing anda.
 
Simple as that !
 
 

3 CIRI MENGENAL PASTI ANTARA BRANDING & MARKETING

 

#1. BRAND = IDENTITI ↔ MARKETING = MESEJ.

Brand itu berasal daripada individu atau syarikat. Ianya satu character atau personality.
 
Punya ciri-ciri yang UNIKASLI dan NILAI yang tersendiri yang ingin ditawarkan kepada pengguna atau pelanggan.
 
Brand juga merangkumi budaya terhadap individu atau syarikat.
 
Ianya sesuatu yang dapat dilihat, dirasai, disentuh dan digunakan atau diamalkan.
 
Apabila segala ciri atau data yang lengkap diperolehi maka baru datangnya marketing.
 
 

#2. BRANDING DULU, BARU MARKETING.

Kebiasaannya, apabila kita dah ada logo, design kotak atau slogan, kita fikir kita ada BRAND. 
 
Tapi sebenarnya, kita mempunyai SET material dan mesej untuk MARKETING.
 
Selalu yang biasa terjadi, kita terlepas pandang SATU perkara sebelum jalankan proses branding.
 
Kita sepatutnya mengenal pasti dan mentafsirkan nilai brand didalam pasaran.
 
Apabila lengkapnya perkara yang satu tersebut, baru la kita berganjak ke strategi membangunkan BRAND, diikuti dengan merangka kempen marketing atau pemasaran.
 
 

#3. MARKETING KITA PUNYA ☼ BRAND PENGGUNA PUNYA.

Kalau nak dibandingkan dengan BRANDING, MARKETING lebih mudah untuk dikawal atau diseliakan.
 
Kita tulis je HEADLINES, lepas tu kita pilih mana-mana seni atau cara, setelah tu kita tembak secara online mahupun offline.
 
Proses seterusnya, buat penilaian dari segi conversions atau awareness untuk tahu result sama ada kempen marketing kita berjaya atau sebaliknya.
 
Yang menyeramkan adalah BRANDING !
 
Kita tak boleh syok sendiri dalam proses branding.
 
Kena buat homework
 
Kena buat research
 
Kita perlu faham apa itu BRANDING, apa itu MARKETING
 
Takut nanti kita akan keliru dengan taktik dan strategi yang kita sendiri rangka.😁
 
Marketing adalah penceritaan atau storytelling.
 
BRANDING yang power tu yang kita dengar bukan yang kita cakap.
 
Pengguna atau pelanggan yang bercerita atau bercakap mengenai sesuatu brand.
 
Brand yang mengikut kemahuan mereka, mengikut citarasa mereka.
 
At the end, mereka yang membeli atau menggunakannya.
 
BRAND yang hebat dan gah di pasaran mempunyai kefahaman yang jitu dalam menterjemahkan erti BRANDING dan MARKETING.
 
Mereka tahu bagaimana mahu meletakkan brand mereka serta melaksanakan strategi dengan teratur dan terperinci kepada target market mereka.
 
Mereka mendengar apa yang dimahukan oleh pelanggan.
 
Biarkan pelanggan menilai, bercerita mengenai harapan dan impian terhadap sesuatu brand.
 
Setelah mendengar dengan teliti, mereka merangka strategi kempen marketing mengikut kehendak, hasrat, impian, persepsi dan yang berkaitan dengan berkomunikasi mengikut kaedah yang bersesuai, simple dan creative.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *