7 TIPS UNTUK OWNER BISNES TINGKATKAN SALES

tips owner bisnes
“Ejen memang ramai, ada 100, 200, 500 orang.. Tapi geram betul, diorang ni tak aktif, yang bebetul buat sales takat 5-7 orang jer.. Tension arghh..!”
Amboi.. Garang sungguh noooo.. 

Jangan marah-marah.. 

Sabaq sat..

Nanti tak pasal-pasal kena darah tinggi
Anda owner bisnes yang ada masalah macam ni?
Nak tau kenapa benda ni berlaku? 

Nak tau apa isu sebenar? 

Kenapa ejen anda slow.. 

Sloww sesangat.. 

Cam kura-kura.. 

Kenapa ejen produk lain laju.. 

Bedesup! 

Diorang boleh je, kenapa anda tak boleh?
Setiap masalah, pasti ada penyelesaian
Senang jer.. 

Apa pun boleh jika ada ilmu

Anda nak tau rahsia diorang?
Ni saya nak kongsi 7 tips, macam mana owner bisnes boleh push ejen depa sampai boleh hasilkan sales 5, 6 dan 7 angka
Baca jangan tak baca..
Kalau sapa ejen dia level-level top, sales ratus-ratus ribu tu takyah baca. 

Tak sesuai, buang nyawa jer
Yang biasa-biasa tu..
 
Baca tips kat bawah ni satu-satu, baca sampai faham. 

Dah faham, buat terus!
 

#1: TOOLS MARKETING

Sebagai owner bisnes, memang jadi perkara WAJIB untuk labur dan sediakan bahan-bahan promosi. 

Apa contoh tools marketing yang anda boleh sediakan?
  • Gambar produk, buat shooting profesional, sediakan gambar yang berkualiti dan menarik.
  • Sediakan info produk secara lengkap, anda kena paham, ejen takdak masa nak study produk anda. Anda perlu study sendiri kemudian sediakan semua template jawapan yang bakal ditanya pembeli, dan juga sediakan details lengkap produk anda. Anda boleh explain dalam bentuk video atau gambar.
  • Flyers, mungkin ada di kalangan ejen anda yang belum pandai nak buat online marketing, jadi sediakan flyers supaya mereka boleh edarkan di tempat-tempat mereka nanti.
  • Testimoni, sediakan gambar atau video result selepas gunakan produk anda. Senang untuk ejen anda buat sales nanti.
  • Content, apa-apa tips dan content yang di post dalam page anda kongsikan pada ejen anda. Kadang-kadang mereka tiada masa nak sediakan sharing content ni. Bila takdak, nanti orang tengok page kosong je, menjual saja, takde orang nak beli, efek pada produk anda juga tu.
  • Save/Simpan/Dokumenkan segala content yang berkaitan dengan cara lebih teratur atau sistemetik. Boleh Google Drive, Telegram Channel, Blog dan banyak lagi. Bukan apa, senang nak dicapai bila diperlukan.
Ok, ni antara ‘sales-kit’ yang diperlukan ejen anda untuk buat sales dan letupkan produk anda.
 

#2: MARGIN BESAR

Anda kena faham kenapa anda perlu berikan untung yang besar pada ejen, dengan berikan keuntungan yang besar, ejen akan lebih tertarik dan akan fokus dengan produk anda.
Biasanya, perangai ejen ni akan cuba cari mana-mana produk yang boleh berikan untung yang besar. So,anda perlu lock mereka awal-awal lagi. Biar anda untung kecil, tapi ejen untung besar. Barulah mereka suka stay dengan anda.
Anda sebagai owner produk, jangan risau dapat untung kecil. Anda sedang sasarkan jualan volume, tak perlu risau. Kan buat sales ramai-ramai tu lebih menguntunglan dari jual sorang-sorang.
Secara tak langsung anda telah menambah nilai hidup orang lain.
 

#3: TRAINING EJEN

Kalau anda betul-betul SERIUS nak buat konsep ejen, anda WAJIB buat training untuk ejen anda. Kalau takde training macam mana mereka nak buat sales?
Anda kene faham, training yang anda boleh sediakan pada ejen anda boleh dipecah dalam pelbagai bentuk, contohnya;
  • Ajar buat sales marketing
  • Ajar cara closing
  • Kenali produk anda dgn lebih details
  • Teknik marketing online ke offline ke
  • Ajar strategi marketing
Bila ejen anda dah mahir dan ada ILMU untuk buat sales, InShaAllah mudah untuk mereka buat sales sekaligus ‘payung’ naikkan produk anda.
 

#4: CABARAN

Kaedah ni memang sangat membantu untuk tingkatkan sales produk anda dalam masa yang singkat. Katalah anda dah sediakan tools marketing dan dah ajar diorang cara-cara marketing, jadi apa step seterusnya?
Buat cabaran atau peraduan dikalangan ejen anda, berikan hadiah lumayan, terpulang samada dalam bentuk wang tunai, gadget atau percutian bagi siap yang capai sasaran yang ditetapkan oleh anda.
Ini boleh buatkan mereka lebih semangat untuk promosikan produk anda dan bersaing sesama sendiri.
Cabaran seperti ini biasanya berjalan selama satu bulan, anda juga perlu update sales agen dari masa ke semasa, update siapa yang sedang leading siapa yang ketinggalan, tujuannya untuk ‘bakor’ mereka.
 

#5: JAGA EJEN

Ya, anda perlu layan mereka sperti sebuah keluarga. Buat gathering bersama ejen-ejen.. Bina engagement dengan mereka, bila mereka dah jatuh cinta, mereka akan loyal dengan anda.
Semasa gathering berlaku, anda boleh buat sharing session, panggil ejen yang top-top dan kongsikan pada ejen yang lain untuk beri inspirasi.
Dengan cara ni, mereka akan lebih bersemangat untuk promosikan produk anda.
Pesanan saya, tak perlu cari agen yang terlalu ramai. 

Kita fokus pada KUALITI bukan KUANTITI.
Biar sikit tapi ada ‘function’ dan ia lebih mudah nak jaga berbanding ramai agen tapi takde ‘function’ dan memeningkan kepala nak juga.
 

#6: GROUP SUPPORT

Perkara ni sesangat WAJIB untuk anda sediakan pada ejen anda untuk jaga konsistensi dan monitor mereka.
Sediakan FACEBOOK group atau WhatsApp group atau Telegram. 
Yang penting mudah untuk anda update ejen-ejen dan berkomunikasi dengan diorang.
Anda juga perlu aktif dalam tu, update mereka setiap ari, tanya khabar, ada problem ke apa ke. 

So, ini salah satu cara nak bina engagement dengan ejen. 

Takdelah ejen anda diam je bila tengok ejen lain aktif.
 

#7: YURAN COMMITMENT

Ok, kalau produk baru cuba limit untuk 10 orang terawal saja sebagai contoh, selepas tu kenakan yuran register.
Kenapa?
Ini tujuannya untuk filter siap-siap mana ejen yang betul-betul boleh beri komitmen dengan tak. 

 

Kita nak fokus pada ejen yang berkualiti je. Barulah sales bisnes boleh naik laju. Tak guna ejen ada 100, tapi yang betul-betul berkualiti hanya 10 orang je. 
Kalau bagi free, nanti ramai join tapi tak aktif, pening nak jaga.

Biar sikit tapi aktif dan produktif.
“Tapi.. Takut dorang tak nak join plak..”
Sebab tu, anda perlu mention awal-awal, siapa yang join akan dapat 6 benefit yang dikongsikan sebelum ni.
Amacam? Boleh buat? Kalau tak buat, tak tahu la tips ni boleh bantu anda atau tak.
Tapi saya pasti jika anda buat apa yang saya share ni, anda boleh jana sales 6-7 angka dalam tempoh 1 tahun. 

InShaAllah! 

Hanya usahawan yang tak kenal erti putus asa je yang akan berjaya!

Selamat maju jaya !

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *