7 PERKARA WAJIB TAHU APA ITU BRAND !

brand-jenama

Bila sebut pasal BRAND, apakah imej yang terbayang dalam kepala anda?

Ramai yang masih keliru antara branding dengan kerja design logo.

Ada juga fikir branding tu semata-mata tentang membina website yang menarik, buat ads atau iklan yang power dan memberikan message yang padu secara berterusan.

Realitinya, branding ni melampaui dari yang kita sebutkan tadi.

Artikel kali ni, kita akan merungkaikan serba sedikit Tafsiran berkenaan terma atau term yang berkait dengan dialet BRANDING.

Setakat kenal pada nama belum tentu kita benar-benar mengenali

“Tak kenal, maka tak cinta”.

Jom kita selami apa yang perlu kita tahu mengenai ‘BRANDING.

 

#1. BRAND

Intipati dan idea yang kita bawakan dan pertahankan.
 
Bermula dengan visi dan kita kembangkan dengan pemahaman serta mesej yang kita bawa dan pertahankan.
 
Seterusnya memberikan persepsi yang diikuti kefahahaman kepada sasaran audien kita.
 

#2. BRAND IDENTITY

Ada nama, ada bentuk fizikal yang boleh dilihat dan dibayangkan.
 
Selalunya dalam bentuk logo, simbol atau huruf-huruf yang unik. 
 
Dalam identiti, pastinya ada elemen seperti warna, bentuk, bunyi atau suara dan tidak ketinggalan elemen bauan yang berhubung-kait dengan jenama atau brand kita.
 

#3. BRAND IMAGE

Perkara ini berkenaan kepercayaan kita terhadap brand yang kita cipta.
 
Identiti yang dicipta kita itu, kita nak pasak atau terap ke fikiran atau persepsi penguna atau pelanggan kita.
 
Kena jelas sejelasnya.
 
Bayangan atau persepsi itu perlu relevant atau berkait dengan brand atau bisnes kita.
 
Jika tersilap langkah, mesej yang pada mulanya diterima baik, tetapi apabila tidak seiring dengan apa yang dialami, jahanam beb !
 
Nanti akan bunyi trompet “Cakap tak serba bikin !”
 
Bejaga-jaga ya.
 

#4. BRANDING

Ini adalah proses membentuk persepsi yang positif kepada para pelanggan dan penguna budiman kita.
 
Perlu consistent atau berterusan dalam menyebarkan visi, idea serta mesej brand kita.
 
Pelanggan atau pengguna akan datang kepada kita apabila mereka faham dan percaya akan mesej yang kita bawakan beserta janji yang bawa dan pertahankan.
 

#5. BRAND POSITION

Bagaimana kita letakkan brand kita tu dan tonjolkan dengan cara yang kreatif serta unik berbanding dengan brand yang mirip atau seakan serupa dengan brand kita.
 
Ada bersepah bisnes yang mirip dengan bisnes kita.
 
Perkara ini penting untuk bawa rezeki kepada bisnes kita.
 
Jangan bazir nyawa dan tambah dosa dengan cara dan jumpa bomoh ye.😉
 

#6. BRAND MANAGEMENT

Ini berkenaan mengawal cara hebahan atau sebaran informasi dan mesej brand identity (yang no.2 tu).
 
Segala informasi, maklumat, promosi dan mesej perlu seiring, sama dan tepat.
 
Jangan bos cakap lain, lain pula staf ceritakan. Miscommunication !
 
Channel hebahan juga perlu selaras ye.
 
Jika bisnes anda ada Sistem Ajen, jelaskan sebaik mungkin.
 
Jika tak selaras, TRUST akan lari !!!
 

#7. BRAND EQUITY

Nilai brand adalah aset bisnes kita.
 
Kualiti, reputasi dan segala permintaan, kesetiaan dan harga yang kita tawarkan.
 
Jaga baik-baik.
 
Jangan tercicir walaupun satu.
 
Jangan abaikan walau sedetik.
 
Ini nyawa bisnes kita.
 
 
Moga dengan serba sedikit pemahaman dari terma atau terms yang kita rungkai bersama dapat membantu.
 
Paling tidak pun kita tahu apa yang penting dan perlu kita tahu.
 
So bila ada client atau sapa saja yang sebut, kita ada modal atau gambaran.
 
Orang tak boleh la nak ‘cong’ kita. 👌
 
InShaAllah, dalam artikel akan datang kita cuba rungkaikan apa itu brand message, brand promise, brand strategy dan apa-apa saja yang berkaitan dengan brand.
 
Selamat beramal
 
Selamat maju jaya !
 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *