11 PANDUAN BRANDING

Branding Steps

Jenama atau Brand anda adalah PERSEPSI pelanggan anda.

Jika kena dengan cara atau kaedah yang betul, kesetian dan kepercayaan dari pelanggan atau pengguna akan terbentuk.

Ini adalah jaminan bagi menghidupkan perniagaan anda untuk jangkamasa panjang.

Dengan ini ianya pasti akan membawa peningkatan yang mantap dalam jualan, lebih banyak projek, buah mulut atau referral, dan sokongan untuk produk atau perkhidmatan anda.

Semua ini terletak pada anda untuk menentukan hala tuju jenama anda.

Berikut adalah, 11 Panduan Penjenamaan yang praktikal.

Panduan ini hasil dari kaji selidik yang dijalankan keatas pelbagai jenama besar di pasaran masa kini.


#1. SIAPA? ( AUDIENCE )

Apabila kita telah menentukan apakah perniagaan yang ingin atau mahu jalankan, kita wajib kenal pasti kepada siapa akan kita tawarkan produk atau perkhidmatan kita.
 
Sebagai contoh mudah, kita minat kucing dan berhasrat untuk memasarkan produk makanan kucing. Target audien kita semestinya kepada pembela kucing dan bukannya kucing.😉
 
Kelebihan kita, tahu akan apa yang dikehendaki untuk kucing yang sihat dan apa yang pemilik kucing perlu bagi menjamin kucingnya sentiasa sihat.
 
Dengan data dan kajian yang terperinci, mudah bagi kita menentukan cara yang terbaik untuk branding.
 
Kenali secara spesifik juga bakal pesaing kita.
 
Dengan mengetahui apa yang pesaing kita sedang dan telah jalankan, ini boleh mengecilkan saingan.
 
Kenapa?
 
Sebab kita mampu untuk jadi lebih berbeza dan unik dipasaran.
 
Setakat berbeza dari segi harga je, tak cukup kuat untuk kita ‘stand out’ jenama kita.
 
Pelbagaikan. 
 
Mulakan dengan BRAND yang punya identiti, kefahaman serta berpengaruh.
 
Tengok LOGO dah tertawan
 
Tengok PACKAGING sudah terpikat
 
Dengar TAGLINE hati terpesona.
 
Semua ini tidak mustahil jika PROSES PENJENAMAAN yang mantap dirancang dengan teliti.
 
🔺TIPS : 
Pelbagaikan ciri-ciri bakal pengguna atau pengguna kita.
Sebagai contoh mudah, kedai makan atau restoren ; jangan fikir semua orang suka makan dan mesti makan, kita jual cendol dan target kepada semua manusia.
 
Berikut antara faktor-faktor yang perlu untuk mengenal pasti pelanggan :-

1. Umur

2. Lokasi

3. Jantina

4. Pendapatan

5. Pendidikan

6. Status (pekahwinan)

7. Pekerjaan

8. Bangsa

9. Agama

10. Personaliti

11. Tabiat

12. Moral

13. Minat

14. Hobi

Mulakan dengan persoalan?

Sebagai contoh, 

“Bagaimana produk atau servis kita sesuai dengan rutin seharian bakal pelanggan?”

“Bilakan bakal pelanggan kita akan menggunakan produk atau servis kita?”

“Apakah ciri-ciri atau keperluaan yang ada pada produk atau servis kita yang dapat memenuhi kehendak atau keinginan bakal pelanggan?”

“Dari sumber manakah bakal pelanggan kita akan perolehi maklumat atau info berkenaan produk atau servis yang akan kita jalankan?” (contohnya: surat khabar, blog, risalah)


#2. MISI JENAMA

Sebelum kita membina jenama yang dipercayai oleh pelanggan, kita perlu tahu nilai yang mahu kita tawarkan.
 
Sebagai contoh;
 
NIKE – “To bring inspiration and innovation to every athelete in the world”
Nike Brand

STARBUCKS – ” To inspire and nurture the human spirit – one person, one cup and one neighborhood at a time”

Starbucks Brand

APPLE – “Think different”

#3. KAJI SAINGAN

Objektif utama penjenamaan adalah BERBEZA dengan pesaing kita.
 
Ini untuk menyakinkan pelanggan untuk datang kepada kita berbanding ke pesaing
 
Bina satu jadual khas untuk melihat dengan jelas, persamaan dan perbezaan jenama kita dengan pesaing.
 
Boleh guna Excel atau Numbers
 
Brainstorm dengan pertanyaan untuk melengkapkan jadual yang dibina.
 
Contohnya: 
 
Apakah tahap kualiti pesaing?

Bagaimana mereka pasarkan?

Apa cara mereka pasarkan?

🔺TIPS:- 
Pilih beberapa pesaing kita didalam pasaran (2-4) sama ada berdekatan atau meluas.

#4. KEKUATAN JENAMA

Apakah kekuatan jenama kita?
 
Dari segi kuatiti produk atau perkhidmatan
 
Apa pula manfaat atau faedah yang kita dapat tawarkan atau berikan kepada pelanggan?
 
Kita wajib fikirkan apa yang membuatkan jenama kita berbeza dari yang sedia ada di pasaran.
 
Fikirkan keunikan dan perbezaaan agar jenama kita menonjol dan menarik perhatian bakal pelanggan dan pengguna produk dan perkhidmatan.
 
Fikir perkara yang berikan nilai yang tinggi dengan keaslian yang membantu meningkatkan kehidupan dan rutin harian pengguna dari segala sudut.
 
Fikirkan cara yang terbaik untuk membantu produktiviti pengguna
 
Fikirkan cara yang effisien yang megurangkan bebanan atau komitmen yang perlu dilaburkan oleh pengguna dari segi duit ringgit, tenaga serta masa.
 

#5. LOGO & TAGLINE

Bila kita fikirkan tentang sesuatu jenama, selalunya terbayang akan visual atau gambaran identiti jenama.
 
Terlintas difikiran kita, gambar logo atau tagline
 
Contohnya bila sebut ‘Nike’
 
Terbayang  
Dengan tagline ‘Just Do It’
 
Mantapkan jenama Nike
 
Terpasak dalam diri kita
 
Nike hanya bayar USD35 kepada pelajar design grafik pada tahun 1971 untuk mencipta logo yang iconic itu.
 
Terpulang kepada kita bagaimana untuk mencipta logo yang mampu memberi inspirasi, kebanggaan dan diingati.
 
Kalau ada bakat, boleh cipta sendiri
 
Serahkan kepada yang pakar adalah sebaik-baiknya
 
Antara ciri-ciri sesuatu logo dan tagline adalah :-
 
1. Warna yang seiring dengan jenama kita
 
2. Simbol yang berkait rapat
 
3. Kata-kata yang mencerminkan logo serta jenama kita
 
4. Unik, berbeza, identiti sendiri dan paling penting belum wujud
 

#6. SUARA

Suara kita bergantung kepada misi, audien dan industri yang kita bawa.
 
Cara kita berkomunikasi dengan pelanggan serta bagaimana pelanggan memberi respon kepada kita.
 
Mesej yang hendak kita sampaikan itu mestilah, jelas dan punya hunbungan dengan bakal pelanggan kita.
 
Ianya perlu tepat untuk menjamin kita mempunyai jalinan yang kuat dengan bakal pelanggan kita.
 
Pemilihan tone yang tepat juga penting. 
 
Maksudnya adakah tone yang bercirikan humor, mendidik, memerli dan sebagainya.
 
Tentukan cara kita menceritakan sesuatu yang berkaitan dengan jenama kita secara konsisten.
 
Sebagai contoh :-
 
Kita mahu jenama kita membuatkan pelanggan berasa _________________.
 
Kita mahu pelanggan _________________ bila menggunakan jenama kita.
 
Tiga perkataan yang mencerminkan jenama kita adalah ______, _______ dan _______.
 

#7. MESEJ

Perkara ini perlu ringkas, padu dan tepat.
 
Identiti jenama perlu dijelaskan dengan cara yang paling berkesan.
 
Mesej yang dibawa harus berhubung kait dengan jenama kita.
 
Ini untuk menjelaskan segala aspek mengenai jenama kita, apa yang kita tawarkan dan mengapa pelanggan perlu beri perhatian kepada kita.
 
Dengan mesej, ianya akan membuka peluang kepada kita berkomunikasi dengan pengguna kita secara sentuhan emosi.
 
Kaitkan dengan  enam langkah diatas yang telah kita bincangkan sebelum ini.
 
Rangkumkan kesemuanya.
 

#8. PERSONALITI

Apa yang pelanggan kita mahukan adalah sesuatu yang dapat memenuhi kehendak serta keperluan mereka dan personaliti yang tulen.
 
Kita boleh gunakan carta dibawah sebagai tanda aras dengan meletakkan titik yang difikirkan paling hampir dengan jenama kita.
Personality
Jika bisnes yang kita jalankan itu bersifat kontemporari dan bergerak laju seiring dengan teknologi terkini, titik berat disebelah kiri.
 
Ini menunjukkan jenama kita tu bersifat menyeronokkan dan terkini.
 
Terjemahkan personaliti tersebut dengan cara yang paling effisyen dan berhubungan dengan audien kita dalam jangka masa yang panjang.
 
Jika beratnya disebelah kanan, maka, bisnes kita tu bergantung kepada proses dan perancangan yang menjurus kepada pelanggan yang high end.
 
Jadi apa yang kita perlu persembahkan adalah personaliti yang bercirikan profesional serta berhemah.
 
Kita lebih cenderung untuk berinteraksi ke badan korporat.
 
Jika keputusan dari carta menunjukkan keseimbangan, persembahkan personaliti yang yang terbaik ada pada kita dari segi visi dan cara kita.
 

#9. KESEPADUAN

Jenama kita haruslah diketahui dan memberi implikasi kepada pelanggan dengan segala bentuk komunikasi, sama ada dilihat, dibaca dan didengari.

Guna segala bentuk media yang ada untuk menyebarkan informasi mengenai jenama kita.
 
Antara kaedah yang boleh kita gunakan adalah seperti berikut :-
 
1.   Papan tanda
2.   Produk (kotak)
3.   Kad bisnes
4.   Risalah
5.   Flyers
6.   Brochure
7.   Menu
8.   Website
9.   Media sosial (Facebook, Instagram, Twitter, WeChat, WhatsApp, Pinterest)
10. Blog
 

#10. JUJUR DAN SETIA

Kedua-dua kunci iaitu jujur dan setia perlukan proses yang berterusan.
 
Rangka SOP untuk bisnes kita dan dokumenkan.
 
Ini akan menjadi rujukan kepada kita serta sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung atau tidak.
 
Jangan pula, kerap menukar identiti bisnes atau jenama kita.
 
Ini bukan saja memenatkan tapi juga mengelirukan para pelanggan kita.
 

#11. PENASIHAT/PERUNDING

Pilihan di tangan anda, bagaimana untuk menyebarkan personaliti dan mesej kita.
 
Kita lebih kenal akan jenama atau identiti kita.
 
Semua yang terlibat mestilah peka dalam menyampaikan segala info di dunia pemasaran.
 
Jadikan pelanggan yang setia dengan jenama anda sebagai rakan yang boleh menyampaikan maklumat berkenaan jenama anda.
 

KESIMPULAN

BRANDING yang power boleh mengubah bisnes yang kecil menjadi pesaing yang digeruni.
 
Jadi, ambil masa untuk membuat kajian yang teliti serta mendalam untuk mencipta identiti yang efektif dan mesra kepada bakal pelanggan kita.
 
Ceritakan dengan gaya yang menarik, memikat dan meyakinkan.
 
“Jenama adalah cerita yang sentiasa diulang sebut tanpa rasa bosan.”
 
Selamat berjaya !

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *