10 LANGKAH MEMIKAT PELANGGAN

memikat pelanggan

Menghasilkan produk amat mudah

Akan tetapi, untuk menghasilkan produk yang mampu memikat dan membuat pengguna atau pelanggan tertarik hingga terbayang-bayang didalam mimpi yang indah itu memerlukan creativity yang tinggi serta kajian yang mendalam.

Tugas kita, sebagai usahawan tidak lain dan bukan ialah menarik perhatian para pengguna atau pelanggan.

Tanpa daya penarik maka GAGAL akan mendampingi kita.

Mari kita amati 10 LANGKAH MEMIKAT PELANGGAN.

#1. MELIHAT

‘Dari mata turun ke hati’😉
 
Sebelum anda terus terjah ke peringkat menghasilkan produk, ambil masa untuk brainstorm ke fasa yang teramat penting terlebih dahulu, iaitu BRANDING.
 
Untuk menarik mata memandang, sesuatu yang unik dan cantik perlu dihasilkan.
 
Yang unik serta cantik pasti meyakinkan.
 
Keyakinan akan membawa kepada kepercayaan.
 
Dengan kepercayaan atau trust, sudah tentu akan pelanggan merasakan pelaburan mereka berbaloi.
 
Untuk cantik, tidak semestinya kita perlu berbelanja besar.
 
Apa yang penting, kebijaksanaan kita mengatur dan membuat keputusan.
 

#2. BAU

Hidangan yang memikat selera sudah tentu dari sajian yang punya aroma wangian yang menghairahkan.
 
Belum makan dah tahu sedap 😋
 
Masukkan elemen ini ke produk anda
 
Wow wangi !
 
Dah ada ‘Wow Factor’ kat situ.
 

#3. DENGAR

Keputusan membeli kebanyakannya apabila ramai yang bercakap atau referral dari orang sekeliling.
 
Keyakinan meningkat apabila seseorang mendengar dan apa yang didengarinya itu disokong pula oleh orang lain atau yang rapat dengannya.
 

#4. SENTUHAN

Elemen sentuhan sangat sangat berpengaruh.
 
Dalam Islam, lelaki perempuan yang bukan muhrim diharamkan bersentuhan satu sama lain.
 
Pastinya impak dari sentuhan amat memberangsangkan. Setuju?
 
Dengan sentuhan yang memberi keselesaan dan kelembutan pastinya membuka peluang yang luas.
 

#5. MENIKMATI

Apabila pelanggan mencuba produk tersebut, pastikan mereka merasai kenikmatannya sehingga merasai tiada yang setanding dengan yang lain.
 

#6. CITARASA

Pastikan produk anda benar benar serasi dengan kumpulan pelanggan yang disasarkan.
 
Seiring dengan cara hidup, budaya dan peringkat umur.
 

#7. GAMBARAN

 
Para pelanggan anda wajib untuk faham akan gambaran atau persepsi berkenaan produk anda.
 
Ini bagi menjamin kepuasan dan memberi maksud yang mendalam ke hati pelanggan
 atau pengguna.
 

#8. KEFAHAMAN

Mesej yang betul dan tepat.
 
Pelanggan yang ‘kenyang’ dengan info atau mesej yang anda sampaikan pasti akan datang semula kepada anda.
 

#9. KAGUM

Pelanggan yang sedia ada, yang benar-benar faham akan produk anda pasti melekat.
 
Apabila keinginan atau keperluan telah dipenuhi maka kebarangkalian untuk mereka membuat pembelian semula atau repeat purchases pasti meningkat.
 

#10. KEPUTUSAN MEMBELI

Apabila kita sebagai peniaga atau usahawan membuat kajian yang lengkap dan mendalam, maka langkah terakhirnya ada keputusan membeli.
 
 
Kajian disusuli dengan perancangan yang betul pastinya akan menghasilkan pembelian.
 
Moga bermanfaat
 
Terima kasih atas masa yang dilaburkan.
 
Selamat maju dengan jayanya !

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *